Assalammualaikum w.b.t, dan salam sejahtera.

Kepimpinan hari ini akan menjadi contoh kepada generasi kepimpinan yang akan datang. Bercakap mengenai kepimpinan ianya bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilakukan dan mestilah berilmu. Seorang pemimpin perlulah bijak menanggani segala jenis masalah atau isu dengan matang dan berhemah.

Generasi muda hari ini perlu diberi pengisian dari segi etika kepimpinan bagi membentuk peribadi seorang pemimpin yang disegani dan dihormati masyarakat. Keperluan semasa hari ini sedikit sebanyak telah mempengaruhi kualiti kepimpinan generasi muda atas faktor kewangan.

Keinginan untuk memperolehi kehidupan mewah telah membentuk diri mereka ini dengan matlamat dan objektif kepimpinan yang salah dan berkepentingan. Keadaan ini adalah sangat tidak baik kerana ianya akan melemahkan struktur pentadbiran samada perniagaan, organisasi mahupun kerajaan.

Kepimpinan yang berilmu, berdesikasi dan efisyen perlu diterapkan di dalam setiap diri belia-belia agar mereka mempunyai visi dalam kepimpinan dan pemikiran yang luar biasa. Dalam keadaan politik hari ini yang semakin mencabar dan materialistik, belia-belia ini harus disediakan dengan pelbagai mekanisme dan pendedahan ilmiah agar pemikiran mereka lebih matang dan kritis.

Pemahaman ilmu agama yang lebih mendalam juga menjadi satu keperluan dalam melahirkan pemimpin yang beriman.

Sekian, Terima Kasih.
Ashadi Zuel'Izzi,
Ketua Editor

..................................................................

PESAKA Menyambut Baik 
Usaha MemartabatkanBadan NGO


Assalammualikum w.b.t. Sekalung tahniah diucapkan kepada NGO Publications & Management (NGOPM) kerana terhasilnya sebuah majalah yang bertajuk NGO ini.

Penerbitan majalah ini dilihat sebagai satu wadah kepada pembangunan negara secara tidak langsung kerana sasaran yang ditetapkan melibatkan masyarakat secara menyeluruh. Dengan adanya penerbitan seperti ini juga ianya dapat menilai keberkesanan setiap organisasi bukan kerajaan terhadap kewujudannya di Negara ini.

Dengan adanya majalah ini akan dapat melahirkan rasa minat dan cintakan Negara di kalangan masyarakat. Sesebuah majalah bukan hanya sebagai penyampai maklumat malah lebih 
kepada memberi kesedaran serta mendidik masyarakat agar lebih memahami peranan mereka yang sebenar di samping dapat menilai kebenaran sesuatu informasi. Justeru, saya ingin menyeru dan mengajak organisasi-organisasi bukan kerajaan di Malaysia agar terus memacu persefahaman yang utuh demi kelangsungan negara di masa akan datang. 

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada penerbit dan editor serta pasukan yang berusaha mengadakan majalah ini dan didoakan semoga usaha ini berterusan sehingga mencapai kejayaan yang cemerlang. Semoga jasa baik yang membaca serta menjadikan majalah ini sebagai bahan informasi serta rujukan yang baik ini akan diberikan keberkatan di dunia dan akhirat. Amin, wassalam. 


SENATOR TAN SRI DATUK SERI 
(DR.) HAJI MOHD ALI BIN MOHD RUSTAM
Presiden,
Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia
(PESAKA)